TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Sunday 23 January 2022

BANTUAN YURAN TASKA & TADIKA SESI 2022 BAGI YANG LAYAK.


Assalamualaikum semua , di Taska Mata Hati & Tadika Matahati Gemilang  sudah membuka pendaftaran sesi 2022 dan kemasukan adalah setiap bulan. Kemasukan setiap bulan dibuat bagi memberikan ruang masa dan kelegaan kewangan  kepada ibu bapa selepas fasa lock down pandemik ini. 

Cuma untuk bantuan yuran daripada kerajaan , korang kene daftar awal-awal ye, bagi memudahkan pengusaha taska / tadika untuk mendaftarkan nama anak-anak korang. 


Admin share yang taska dulu ye ? 

Bantuan Yuran / Subsidi Taska adalah seperti dibwah : - 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TASKA




KRITERIA PERTIMBANGAN
 
Terdapat kriteria-kriteria utama yang menjadi asas pertimbangan pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di TASKA iaitu:
 

 
Kategori Kriteria


1. Kanak-kanak
 
i) berumur di bawah 4 tahun;
ii) bagi tahun kalendar di mana umur kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
iii) mendapat asuhan dan didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.
 
2. Ibu Bapa/ Penjaga
 
i) Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
ii) Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
iii) Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar;
 
(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.)


3.TASKA/ Pengusaha 
 
i) Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
ii) TASKA berdaftar dengan JKM;
iii) Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
iv) Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.


*****Untuk makluman semua kami Taska Mata Hati  berdaftar sejak 2008*****


 
 KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN
 
1. Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.
 
2. Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.
 
3. Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.




 
TEMPOH SUBSIDI YURAN PENGASUHAN KANAK-KANAK
 
Subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak akan dibayar secara sekaligus (one off) bagi tempoh pengasuhan kanak-kanak dari bulan Januari hingga Disember (12 bulan) dalam tahun semasa.



 
CARA MEMOHON
 
1.Ibu bapa/penjaga kanak-kanak boleh membuat permohonan subsidi yuran pengasuhan dengan melengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang boleh diperolehi di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran. Permohonan yang lengkap dikemukakan melalui pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM.
 
2.Borang YP1 yang telah dilengkapkan oleh ibu bapa/ penjaga hendaklah dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang mengasuh kanak-kanak berserta dengan dokumen berikut :
 
i) salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
ii) salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
 
iii) salinan resit yuran bulanan TASKA;
 
iv) salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
v) salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
vi) salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
vii) salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
 
3. Pengusaha TASKA bertanggungjawab mengumpul, menyemak dan mengemukakan permohonan yang lengkap berserta dengan dokumen berikut:
 
i) salinan kad pengenalan pengusaha;
ii) salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
iii) salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
iv) surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
v) semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.
 
4. Pengusaha TASKA hendaklah mengemukakan dokumen permohonan berserta dengan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan. Permohonan yang telah disahkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian perlulah direkodkan.
05:08 PM


 
5. Dokumen permohonan yang telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah hendaklah dikemukakan ke Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.


 
6. Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tidak akan dipertimbangkan.
 


TEMPOH PERMOHONAN
 
1. Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.
 
2. Bagi permohonan melebihi tempoh yang ditetapkan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan boleh mempertimbangkan untuk kelulusan khas.
 
 
 
 KELULUSAN
 
1. Setiap permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan dalam Mesyuarat Panel Insentif TASKA Negeri yang dilaksanakan di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Keahlian mesyuarat di peringkat negeri terdiri daripada:  
 
Pengerusi
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN)
 
Ahli Panel
i. Timbalan Pengarah Negeri
ii. Ketua Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKMN atau wakil
iii. Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian atau wakil
iv. Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JKMN atau wakil Urus Setia
 

KEPUTUSAN
 
14. Hanya seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga layak menerima subsidi yuran pengasuhan dalam tahun semasa. (Tertakluk kepada apa-apa perubahan yang dipersetujui oleh ahli mesyuarat.)
 
15. Urus Setia Panel Insentif TASKA Negeri bertanggungjawab membuat bayaran dan memaklumkan kelulusan permohonan kepada Pengusaha TASKA dengan menggunakan Borang YP3 (Surat Keputusan Pengusaha TASKA Subsidi Yuran Pengasuhan).
 
16. Urus Setia Panel Insentif TASKA Negeri perlu memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/ penjaga dengan menggunakan Borang YP4 (Surat Keputusan Ibu bapa/ penjaga Subsidi Yuran Pengasuhan).
 
 
 LAMPIRAN A
 
PERINCIAN PENGGIRAAN UNTUK PENDAPATAN PERKAPITA
 
1. Pendapatan perkapita bermaksud jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga dibahagikan dengan bilangan isi rumah. Tanggungan termasuklah:
 
i) Suami;
ii) Isteri;
iii) Anak kandung/pelihara/angkat di bawah umur 18 tahun;
iv) Anak kandung/pelihara/angkat berumur lebih 18 tahun yang belum berkahwin dan masih belajar (sehingga ijazah pertama sahaja);
v) Anak OKU yang tidak berupaya bekerja; dan
vi) Ibu dan / bapa yang tinggal bersama.
 
2. Contoh pengiraan:
i) Pendapatan suami = RM 1300 sebulan
 
Pendapatan isteri = RM 700 sebulan
Jumlah = RM 2000 sebulan
ii) Bilangan anak = 3 orang
iii) Pendapatan perkapita isi rumah = RM 2000/5 orang
 
= RM 400 sebulan

 
 

Terima kasih, semoga bermanfaat buat pembaca semua.

Saturday 13 March 2021

SUKU KATA KV

 MARI MEMBACA SUKU KATA KV


Pada hari ini, murid-murid belajar mengenai sebutan suku kata KV seperti ba, ci, du. Murid-murid juga diajar mengeja bersama-sama dan dibaca seorang demi seorang. Di akhir pengajaran dan pembelajaran hari ini murid dapat menyebut suku kata KV dengan jelas dan betul. 





 




Wednesday 10 March 2021

ISRAK & MIKRAJ

 ISRAK & MIKRAJ NABI MUHAMMAD SAW 1442H


Selamat mengingati peristiwa agung ISRAK & MIKRAJ yang sangat penting dan besar bagi seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada NABI MUHAMMAD SAW jujungan kita kerana belum pernah ada manusia di muka bumi ini yang melalui perjalanan seumpama itu. Semoga kehidupan kita diberkati Allah 




Tuesday 9 March 2021

OUR STUDENT ACHIEVEMENT

BACALAH ANAKKU BOOK 3 ENDED 


Alhamdulillah Imran (6 years) was finished his reading of Bacalah Anakku book 3 yesterday. Congrats to you dear student!




Sunday 7 March 2021

OUR ACTIVITY UPDATE

SEVEN COLORS OF RAINBOW 🌈

Students learn about 7 volors of the rainbow such as Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Indigo and Violet. Students also sang a rainbow songs together and played match a rainbow colors using rainbow boxes and ice cream sticks. After that, they colored the rainbow picture using water color.






At the end of lesson, students can identify the colors such as red, yellow, green, blue, indigo and violet in the rainbow 🌈