TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Pengenalan


PENGENALAN

Taska dan Tadika MATAHATI merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak- Kanak (TADIKA) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 01 Jun 2008. Pihak kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Selain itu, kemudahan ‘Transit’ turut disediakan untuk murid-murid sekolah. 

Perkhidmatan pengasuhan di Taska dan Tadika MATAHATI berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.

Pihak kami turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska dan Tadika MATAHATI. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan, keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak. Pihak kami juga telah berdaftar di bawah Persatuan Tadika Malaysia (PTM).

Kebersihan, Keselesaan, Keceriaan dan Keselamatan adalah menjadi Keutamaan Kami.



 PENGASAS Taska dan Tadika MATAHATI

 
            
Puan Marina Izura Bt Ismail


1 comment:

  1. Ad x pnjagaan utk bayi umur 3bln? Kalau ad blh wassup 012-2565645 (roziamarni) 013-3776633 (taqiuddin)

    ReplyDelete