TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Pentadbiran


Pentadbiran

Di laman ini, anda akan didedahkan dengan maklumat pentadbiran di Taska & Tadika MATAHATI .

Jadual Hari Perkhidmatan

Secara umumnya perkhidmatan pengasuhan anak-anak, playgroup dan pra-sekolah mengikut hari dan masa adalah seperti berikut:

Hari
Mula
Tutup
Ahad ~ Khamis
6.30 pagi
6.00 ptg

Bagi Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, perkhidmatan mengikut hari adalah seperti berikut:

Hari
Mula
Tamat
Ahad ~ Khamis
6.00 ptg
10.00mlm

  • Sabtu - 7.30 pg sehingga 5.00 ptg (BUKA)
Jadual Pakej  Perkhidmatan

Pakej perkhidmatan taska, playgroup dan taska  di Taska & Tadika MATAHATI bergantung kepada keperluan pelanggan. Justeru itu perkhidmatan yang ditawarkan mengikut sesi-sesi yang direkabentuk khusus mengikut keperluan pelanggan seperti berikut:

Taska

Ahad hingga Khamis
Sesi
Mula
Tamat
Sepenuh Hari
6.30 pagi
6.00 ptg
Separuh Hari (1)
6.30 pagi
3.00 ptg
Separuh Hari (2)
11.00 pagi
6.00 ptg


.
Playgroup

Ahad hingga Khamis
Sesi
Mula
Tamat
Sepenuh Hari
6.30 pagi
6.00 ptg
Sesi Pagi
6.30 pagi
3.00 ptg
Sesi Petang
12.00 tgh hr
6.00 ptg

.
Pra-sekolah (Tadika)
Ahad hingga Khamis
Sesi
Mula
Tamat
Sepenuh Hari
Sesi Pagi
6.30 pagi
6.30 pagi
6.00 ptg
3.00 pagi
Sesi Petang
1.30 ptg
6.00 ptg


Bagi Tadika (pra-sekolah), sesi akademik bermula pada setiap bulan Januari sehingga Disember setiap tahun. Para pelajar akan diuji tahap pencapaian dengan menyediakan `peperiksaan semester' (guidance semester test) pada setiap bulan Mei dan laporan pencapaian akan diserahkan kepada ibubapa untuk disemak. Di akhir semester kedua iaitu pada bulan November, para pelajar juga akan diberikan `testemoni' yang akan digunakan oleh pihak sekolah terhadap skim pendidikan dan pencapaian anak-anak semasa di tadika.


Kelayakan umur bagi memasuki mana-mana program pendidikan di Taska & Tadika MATAHATI adalah seperti berikut:

Program
Umur
Taska (Pengasuhan Anak-anak)
2 bulan ~ 6 tahun
Playgroup
2 tahun ~ 4 tahun
Tadika (pra-sekolah) Junior
4 tahun ~ 5 tahun
Tadika (pra-sekolah) Senior
Transit
5 tahun ~ 6 tahun
2 tahun ~ 12 tahun
Pengajian Al-Quran
3 tahun ~ 12 tahun



Skim cuti di Taska dan Tadika MATAHATI adalah mengikut program-program yang diikuti. Seperti berikut:


Program
Umur

Taska
Setiap Jumaat & Hari Kelepasan Am

Playgroup
Setiap Jumaat & Hari Kelepasan Am

Tadika Junior
Setiap  Jumaat & Hari Kelepasan Am

Tadika Senior
Setiap Jumaat & Hari Kelepasan Am

Pengajian Al-Quran
Setiap Jumaat & Hari Kelepasan Am


Pemakaian Pakaian semasa mengikuti program Taska, Playgroup dan Pengajian Al-Quran adalah dibebaskan kepada anak-anak tetapi tertakluk kepada etika pakaian seperti berikut:
 
bersesuaian (spt. menutup aurat ketika Pengajian Al-Quran & Tadika)
kemas
selesa
Bagi program tadika (pra-sekolah) para pelajar akan diberikan pakaian seragam semasa pendaftaran. Para pelajar dikehendaki memakai pakaian tersebut setiap hari tetapi masih dibei kelonggaran untuk berpakaian bebas, tetapi hendaklah mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.


Permakanan di Taska & Tadika MATAHATI amat menitik beratkan aspek kualiti, keseimbangan dan kebersihan. Bagi program Taska, ibubapa perlu untuk menyediakan makanan (susu atau makanan separa ruji) yang berkualiti dan secukupnya, pihak taska akan sentiasa berbincang perkembangan anak-anak khususnya impikasi permakanan. Secara umumnya jenis permakanan yang disediakan bergantung kepada tahap perkembangan anak-anak. 

Di Taska & Tadika MATAHATI, anak-anak diajar supaya mengamalkan adab yang baik ketika makan seperti bacaan doa, kedudukan badan, amalan makan bersama, menghargai makanan dan bencikan pembaziran. Mereka juga dilatih supaya memakan makanan seimbang, sukakan buah-buahan dan sayur-sayuran dan menanamkan tabiat supaya menolak `junk food'.



Taska & Tadika MATAHATI amat menitik beratkan aspek kesihatan dan keselamatan anak-anak. 

Ibubapa dan penjaga dikehendaki:


ü  Memastikan anak atau jagaan dalam keadaan sihat, jika anak-anak menghidapi masalah kesihatan dan alahan, hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan tadika bagi langkah-langkah pencegahan dan pengawalan boleh diambil.


ü  Sekiranya anak-anak terkena penyakit berjangkit, ibubapa dilarang untuk menghantar anak-anak ke tadika sehingga ia sihat.


ü  Bagi tujuan-tujuan keselamatan dan ketenteraman tadika, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk membawa permainan sendiri dari rumah. Pelajar juga dilarang sama sekali membawa alatan-alatan yang merbahaya seperti, pisau grafik, kompas, benda-benda tajam dan berasid yang boleh memudaratkan pelajar-pelajar lain.


ü  Pihak tadika juga melarang pelajar memakai barangan kemas dan membawa barang-barang berharga ke tadika. Pihak tidak bertanggungjawab seandainya mana-mana barang-barang kemas dan berharga yang dibawa ke hilang atau mengalami kerosakan.

Perubatan

Pihak Taska & Tadika MATAHATI komited dalam memastikan tahap kesihatan dan keselamatan anak-anak yang mengikuti program di sini berada pada tahap yang memuaskan dan terjamin. Pihak kami berkerjasama Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh di bawah Kementerian Kesihatan untuk mengadakan program lawatan kesihatan & pergigian ke Taska dan Tadika MATAHATI bagi memberikan perkhidmatanterbaik  kepada anak-anak di Taska dan Tadika kami.

Konvokesyen Mini

Pelajar yang menamatkan pelajaran akan dianugerahkan Sijil Tadika dalam
majlis penyampaian sijil dan hadiah tahunan yang akan diadakan pada tiap-tiap tahun.

1 comment:

  1. I love tadika matahati ,,,semoga maju sokmo,,,supaya dpt melahirkan modal insan kelas pertama,,,,,cayoh......

    ReplyDelete