TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Perkhidmatan


Perkhidmatan

Di Taska dan Tadika MATAHATI terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan, seperti berikut: 


Perkhidmatan Pengasuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Perkhidmatan ini adalah pengjagaan anak-anak yang berumur dari 6 bulan sehingga 2 ½ (30 bulan) dimana pada tahap ini anak-anak akan di asuh dan di pantau dengan penuh belaian kasih sayang.


Perkhidmatan Kumpulan Bermain (Play Group)

Bagi tahap awal kanak-kanak (toddler) yang berumur 2  ½ hingga 4 tahun, mereka didedahkan dengan `Experiantial Learning' melalui kaedah permainan dan explorasi, kumpulan bermain ini akan diberikan input-input yang terancang agar pembelanjaran mereka akan menyeronokkan (learning by fun).


Perkhidmatan Pendidikan Pra-sekolah (TADIKA)

Bagi kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, dimana mereka diperkenalkan pendidikan secara semi formal dan formal. Pendidikan pra sekolah ini berasaskan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penggabungan nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada mereka.


Perkhidmatan Transit

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan penempatan sementara atau transit bagi kanak- kanak yang berumur 2 tahun hingga 12 tahun terutamanya bagi ibubapa dan penjaga yang bekerja lebih masa.  
Keempat- empat perkhidmatan di atas merupakan aktiviti utama (core business), disamping itu di sini juga ditawarkan perkhidmatan tambahan seperti:


Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain (Iqra')

Perkhidmatan ini diberikan kepada anak-anak berumur seawal 4 tahun sehingga 12 tahun, Pengajian Al-Quran menggunakan kaedah Iqra' hanya ditawarkan pada sesi petang sahaja.


Mengedar Alat Bantu Mengajar (Learning Aid)

Taska & Tadika MATAHATI juga menjalankan aktiviti pengedaran bahan-bahan alat bantu mengajar untuk taska dan tadika, disamping itu bahan-bahan pendidikan, seperti buku dan mainan juga ada di jual.


Menganjur Seminar Keibubapaan dan Perkembangan Kanak-kanak

Kemahiran Keibubapaan kini tidak lagi wajar dilihat dalam perspektif konvensional, ianya perlu dilihat dalam paradigma baru sebagai satu subjek kemasyarakatan yang perlu dikuasai oleh setiap yang bernama ibubapa. Justeru itu, perkhidmatan penganjuran konferen, seminar dan perkhemahan keibubapaan juga dianjurkan oleh Taska & Tadika MATAHATI.


No comments:

Post a Comment