Taska
dan Tadika MATAHATI mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan
anda ke Laman Web Taska & Tadika MATAHATI. Di laman web ini anda dijemput untuk meluncur
ke semua laman yang direkabentuk khusus untuk memberikan informasi yang berguna
untuk anda di Taska dan Tadika MATAHATI.
Sebagai sebuah
institusi pembangunan kanak-kanak, Taska dan Tadika MATAHATI komited untuk
memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda dan anak-anak anda. Falsafah
perkhidmatan kami juga berteraskan perkhidmatan yang mengujudkan manfaat
bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.
Taska dan Tadika MATAHATI bersedia
membantu para ibu bapa dalam menyediakan satu platform yang strategik dalam
menjana minda anak-anak ke arah kecemerlangan. Generasi akan datang wajib
diperlengkapkan dengan kekuatan ilmu pengetahuan yang menjalinkan aspek
kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Taska dan Tadika MATAHATI merupakan satu tempat bagi mendidik dan
mengasuh kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam bersesuaian era
teknologi masa kini. Di samping memberi penumpuan kepada pendidikan akademik,
pendidikan agama, moral dan akhlak juga mesti diberi penekanan. Oleh itu, Taska dan Tadika MATAHATI ditubuhkan untuk melahirkan kanak-kanak
yang cemerlang dalam bidang akademik dan mendidik agar jiwa, fikiran dan
fizikal mereka mengikut apa yang dikehendaki Allah.
Objektif
Penubuhan Taska dan Tadika MATAHATI
adalah berteraskan objektif:
+ Memberikan
pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual
dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik.
|
|
+ Membantu
ibubapa dalam menyempurnakan tanggungjawab memberi pendidikan Adab, Disiplin
dan Syaksiah Muslim pada peringkat bayi, awal kanak-kanak dan pra-sekolah
dengan mengambilkira perkembangan psikologi mereka.
+ Melahirkan
kanak-kanak berfikiran terbuka yang tidak hanya tertumpu kepada satu aspek
sahaja bagi menangkis apa jua bentuk disekeliling serta menjadikan
kanak-kanak yang berfikiran kreatif dan inovatif.
|
|
+ Berkongsi
maklumat dan pengalaman dengan anak-anak dan ibubapa dalam usaha melahirkan Generasi
Pintar Solleh serta menyediakan mereka dengan senario masa depan yang
mencabar dan iklim persekolahan yang bakal mereka tempohi.
|
No comments:
Post a Comment