TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Friday, 30 August 2013

APA ITU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ?



Pertumbuhan adalah perubahan-perubahan yang boleh dilihat dengan jelas dalam proses pembesaran bayi dan kanak-kanak (terutamanya perubahan fizikal). Ia boleh diukur dari satu masa ke masa yang lain. Perubahan ini disebut perubahan secara KUANTITI. Contohnya berat badan, ketinggian tubuh dan saiz badan serta bilangan gigi.

       Manakala perkembangan adalah perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi jelas telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang. Perkembangan melibatkan aspek keupayaan dan kebolehan bayi atau kanak-kanak untuk berfungsi atau berinteraksi dengan keadaan sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hari. Perubahan ini disebut perubahan secara KUALITI. Contohnya mengkoordinasi pergerakkan anggota badan, bertutur, memahami dari benda-benda konkrit  ke abstrak, beinteraksi, dan meluahkan perasaan kepada orang lain dan keadaan sekeliling.

Perkembangan terbahagi kepada empat iaitu;-
1. Perkembangan Fizikal - Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz.
                                      - kebolehan mengawal pergerakkan motor kasar dan halus serta koordinasi                                                     anggota badan.                                       

2. Perkembangan Bahasa - Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerima, kefahaman                                          dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi atau                                                        ransangan.

3. Perkembangan Kongnitif - Keupayaan akal fikiran kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dan                                                           menyelesaikan masalah.

4. Perkembangan Sosio-Emosi - Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluah perasaan.

No comments:

Post a Comment