TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Friday, 30 August 2013

RAHSIA ANAK CERDAS DAN CERGAS

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang cerdas dan cergas kerana anak-anak begini akan terus membesar dan mampu mencapai kejayaan dalam hidup apabila dewasa kelak. Namun, adakah anda semua sedar apakah yang dimaksudkan dengan cerdas dan cergas? CERDAS bermaksud sempurna akal ( untuk berfikir, mengerti dan lain-lain.Manakala CERGAS pula bermakna aktif, bertenaga dan giat ( tubuh, otak dan sebagainya ).

       Perkara paling penting ialah ibu bapa tahu kayu ukur sebenar mengenai kejayaan seorang kanak-kanak. Apabila kemampuannya membaca dan menulis pada umur yang terlalu muda adan menjadi sandaran? Hakikatnya tidak! kanak-kanak akan lakukan sesuatu apabila dia benar-benar sudah besedia. Jangan paksa mereka melakukan perkara yang tidak disenangi atau dia belum bersedia lakukan.

       Tahukah anda bahawa meniarap, menjulur, merangkak, bergayut dan mengutip adalah antara tanda-tanda anak anda bijak? Jadi, langkah awal untuk merangsang anak menjadi cerdas dan cergas adalah membenarkan dia belajar jadi manusia.

       Ertinya kembalilah kepada asas dan semula jadi (basic & natural). Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengerluarkan modal kecuali BERSABAR melihat anak meneroka sendiri dunianya dan JANGAN BIMBANG jika dia bermain kotor buat seketika.

       Bukan mudah untuk kita miliki anak yang cerdas dan cergas jika mereka tidak dilengkapi dengan rangsangan dan didikan yang menyeluruh. Jadi, ketahui dan fahami tumbesaran dan perkembangan anak-anak dalam tahun-tahun pertama kehidupannya yang serba mencabar.

-untuk mengetahui info-info yang selanjutnya .. ikuti(follow) lah perkembangan blog kami , sekian  . :)

       

      

No comments:

Post a Comment