AKTIVITI
TADIKA MATAHATI
AKTIVITI MINGGUAN
KELAS TAEKWANDO
Setiap minggu, Tadika Matahati akan
mengadakan satu sesi kelas
mempertahankan diri, iaitu kelas Taekwando, di mana ianya dikendalikan oleh dua
orang tenaga pengajar bertauliah yang
dijemput khas dari. Persatuan Moo Puk Kwan taekwando, Negeri Kelantan. Pengajar
– pengajar tersebut adalah Cik Lee Mei May dan Cik Ochen a/p Eh Seng. Mereka
diberi tanggungjawab dari pihak kami untuk mengajar kanak-kanak bagaimana
cara-cara untuk mempertahankan diri ketika dalam keadaan atau situasi yang
merbahaya.
KELAS SILAT
· Selain itu, pihak Tadika Matahati
juga turut membawa tenaga pengajar dari seni silat. Mereka diberi tanggungjawab untuk mengajar teknik-teknik silat kepda pelajar-pelajar.
·
Teknik serta kehalusan dan kecekapan
alatan ini menjadikan para pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan dalam
mempertahankan diri mereka sekiranya berhadapan dengan orang yang tidak
dikenali dan mencurigakan.
AKTIVITI ‘ART & CRAFT’
·
Sistem pembelajaran dalam jadual
harian di Tadika Matahati juga turut menyelitkan aktiviti ‘art & craft’.
Selalunya aktiviti seni ini akan diadakan pada setiap hari Khamis.
·
Buku aktiviti seni juga turut
disediakan dan telah diedarkan untuk setiap pelajar.
·
Sepanjang tahun 2013, aktiviti seni
yang telah para pelajar lakukan adalah seperti :
i) Mencipta seekor ikan yang diperbuat
daripada kertas pinggan.
ii)
Menghasilkan ulat bulu daripada
kotak telur (barang terpakai yang terdapat di dapur.
iii) Mewarna bagi mengkreatifkan lagi
kertas terbang dan kelihatan menarik.
iv)
Mewarna pokok dengan menggunakan cap
jari, membuat penanda buku, bakul comel, paying foomy, kumbang cantik, ulat
bulu, bunga Alamanda dan bekas air mineral, lebah comel, bunga kertas dan itik
manja.
No comments:
Post a Comment