TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Saturday, 28 September 2013

DEMAM BUKAN PENYAKIT !!!

Deman yang dialaminya tidak bererti dia sakit. Namun lain halnya, jika dia demam panas. Itu adalah amaran awal kepada penyakit lain.

Serangan demam panas ke atas anak anda boleh bertukar kepada igauan yang menggerunkan. Lebih teruk lagi apabila anda atau / dan pasangan terpaksa berjaga malam menjaganya. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa demam adalah gejala yang paling kerap dialami oleh kebanyakan kanak2 kecil.

Ia sebenarnya adalah tanda badannya sedang melawan jangkitan dalam tubuh. Ini kerana kebanyakan demam adalah disebebkan oleh jangkitan sama ada virus ataupun bakteria. Demam itu sendiri sebenarnya bukanlah penyakit tetapi merupakan tanda2 amaran kepada penyakit yang lain. Ini termasuklah sakit tekak hinggalah ke demam denggi.

Suhu yang tinggi tidak semestinya bermaksud dia sakit jika dibandingkan dengan suhu yang lebih rendah. Sekiranya dia tidak menangis, tidak menimbulkan banyak kerenah dan masih berselera makan, tiada apa2 yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, jika dia tidak bermaya, lesu, muntah secara berlebihan itu adalah petanda2 kepada penyakit yang lebih serius.

Suhu badan yang ialah 37 C dan ia akan naik dan turun sepanjang hari. Suhu tubuh seseorang bergantung kepada waktu suhu di ambil selain daripada  kelasakan individu itu. Jadi, badan anak anda yang terasa panas tidak boleh dianggap sebagai demam sehinggalah ia mencapai 37.5 C atau lebih tinggi.

Anda dinasihatkan memiliki termometer sendiri dirumah supaya dapat mengukur suhu tubuhnya dengan tepat. Sekiranya demam yang dialami berterusan, ukuran yang tepat dapat membantu doktor mengenal pasti apakah sebenarnya yang dihidapinya.

Anak anda yang demam munkin kurang selera makan. Walau bagaimanapun, ia adalah gejala sementara. Dia akan pulih seperti biasa sebaik sahaja demamnya kebah. Meskipun demam boleh menimbulkan kebimbangan, kanak2 kecil biasanya akan sembuh dalam sehari atau pun dua.Dengan mendapatkan rehat yang secukupnya dan bantuan ubat yang betul, dia pasti akan sembuh dengan segera.

No comments:

Post a Comment