BAYI O-1 BULAN
BAYI MENGALAMI KADAR PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN MEMBENTUK PERSONALITI BARU DENGAN CEPAT. KETAHUI TAHAP KEMAHIRAN DIRI PADA USIA 0-1 BULAN PERTAMA KELAHIRAN.
Walaupun belum begitu banyak keistimewaan, bayi baru lahir tetap mempunyai kemahiran tersendiri. Pada usia ini, bayi masih sukar untuk berkomunikasi dan dia sedang belajar untuk meniru perbuatan yang dilihat di sekelilingnya. Dia seolah-olah diprogramkan untuk meniru mimik muka setiap kali berekspresi dan juga bunyi yang dihasilkan ketika bertutur.
Bayi juga mula "memahami" setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya sebaik sahaja bayi dilahirkan. Untuk memantau perkembangan bayi pada bulan pertama kelahirannya, anda boleh membuat carta perkembangan untuknya.
Pada hari pertama, bayi munkin agak "kaku" ketika mendengar suara, bayi akan senyap dan peka dengan bunyi tersebut. Badannya akan berhenti dari bergerak-gerak kerana ingin memberi tumpuan penuh pada bunyi yang terhasil dari mulut kita.
Jika pada hari ketiga, matanya mula memberi tumpuan pada bunyi yang kita hasilkan dan proses ini semakin berkembang sehingga bayi mencecah hari kesembilan. Bayi akan memberi tindak balas terhadap bunyi yang kuat.
Setelah berjaya memusingkan kepala dan mencari arah datangnya sesuatu bunyi pada hari ke 18, bayi akan mula belajar untuk menonjolkan dan mengawal emosi terhadap bunyi. Emosi sedih akan dirasai jika kita bercakap dengan nada suara yang kuat.
Tindakan refleks bagi bayi pada usia ini adalah menggengam dengan kerap jari kita. Malah genggaman tersebut mampu menampung berat badannya. Selain itu, bayi mula melilau mencari puting susu jika kita mencuit jari kita di pipinya.
No comments:
Post a Comment