Tadika ini hanya mempunyai asset dan pelajar
lebih kurang 15 0rang. Sebagai sebuah institusi
pembangunan kanak-kanak, Taska dan Tadika MATAHATI komited untuk memberikan
perkhidmatan yang cemerlang kepada anda dan anak-anak anda. Falsafah
perkhidmatan kami juga berteraskan perkhidmatan yang mengujudkan manfaat
bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.
Taska dan Tadika MATAHATI
bersedia membantu para ibu bapa dalam menyediakan satu platform yang strategik
dalam menjana minda anak-anak ke arah kecemerlangan. Generasi akan datang wajib
diperlengkapkan dengan kekuatan ilmu pengetahuan yang menjalinkan aspek
kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Taska
dan Tadika MATAHATI merupakan satu tempat bagi
mendidik dan mengasuh kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam
bersesuaian era teknologi masa kini. Di samping memberi penumpuan kepada
pendidikan akademik, pendidikan agama, moral dan akhlak juga mesti diberi
penekanan. Oleh itu,Taska dan Tadika
MATAHATI ditubuhkan untuk melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang
akademik dan mendidik agar jiwa, fikiran dan fizikal mereka mengikut apa yang
dikehendaki Allah.
No comments:
Post a Comment