LAWATAN PEGAWAI PERGIGIAN KE TADIKA MATAHATI
PENERANGAN RINGKAS PENJAGAAN GIGI DAN MEMBERI
TUNJUK AJAR CARA YANG BETUL MEMBERUS GIGI
MEMBERI TUNJUK AJAR CARA BETUL MEMBERUS GIGI
BYE....BYE.....TERIMA KASIH
Penjagaan Gigi Dan Gusi
|
Aspek
yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut
yang baik sama ada
di rumah mahupun ketika di dalam
bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan gigi hilang/tercabut
disebabkan penyakit
gusi dan masalah ini boleh diatasi
dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan
doktor gigi.
Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana
gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga
sepatutnya tahan
sehingga gigi kekal mula tumbuh.
Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna,
bercakap dengan
jelas dan memupuk rasa harga diri
yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal
tumbuh. Ini dapat
mengelakkan gigi kekal tumbuh senget
atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari
kerosakan/pereputan gigi
susu yang menyakitkan.
Panduan Penjagaan Oral
Baru lahir hingga 24 bulan
Umur 2-6 tahun
Umur 6-12 tahun
Kanak-kanak dari semua peringkat umur
Masalah oral yang umum
Plak dan kalkulus
Plak
merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa
terbentuk di dalam
mulut. Ianya lembut dan mudah
dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan
akan ditukarkan menjadi
plak melalui tindakan penguraian
bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan
membiak. Jika ia tidak
dibersihkan dalam masa 24 jam, plak
ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan
membentuk kalkulus,
ataupun tartar. Struktur enapan yang
keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan
gigi oleh doktor
iaitu "pengikisan".
Penyakit Periodontal
Penyebab
etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak
bakteria. Apabila plak
terbentuk di sepanjang permukaan
gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini
dikenali sebagai gingivitis.
Jika plak ini tidak disingkirkan,
toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di
antara gigi dan gusi.
Jangkitan di bahagian ini akan
memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong
gigi juga akan rosak.
Keadaan ini dikenali sebagai
periodontitis.
Karies gigi
Karies
gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia
menjejaskan tisu-tisu
gigi yang keras (enamel). Sesetengah
bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan
melarutkan enamel
gigi dan membentuk lesi karies yang
akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.
Penjagaan sendiri
Memberus gigi
Jika
boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah
gigi sekurang-kurangnya
2 kali sehari - selepas sarapan dan
sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.
Pemberusan
yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta
penggunaannya yang
betul. Terdapat banyak jenis berus
gigi yang boleh didapati di pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan
panjangnya. Ciri-ciri
yang penting semasa memilih berus
gigi ialah:
Terdapat
3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira
teknik mana yang
dipilih, ketelitian anda memberus
yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.
Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:
Kaedah-Kaedah Memberus
Teknik memberus yang betul
Teknik flos
Flos
gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel
makanan dari celah-celah
gigi yang tidak dapat dicapai dengan
berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah
penyakit gusi. Bagaimanapun,
jika gusi di antara gigi tersebut
sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk
yang dalam (lekang
dari gigi), kaedah flos tidak lagi
berkesan.
Teknik flos yang berkesan
Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?
|
No comments:
Post a Comment