Pada 25 Ogos 2014, seramai 24 orang pelajar dan 6 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat inovasi kraf batik yang terletak di Tunjong,Kota Bharu. Lawatan ini memberi pendedahan secara menyeluruh kepada para pelajar khususnya mengenai seni pembuatan batik.Melalui lawatan ini, sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan yang membina kepada para pelajar serta guru.
Pusat Inovasi Kraf Batik yang terletak di Tunjong, Kota Bharu |
Para guru dan pelajar diberi penjelasan mengenai cara-cara mencanting batik. |
Para pelajar diberi penjelasan mengenai salah satu teknik mencanting batik dengan menggunakan 'cop' |
Para pelajar begitu kusyuk melihat peralatan mencanting batik |
Para guru yang mengiringi para pelajar bergambar kenangan di Pusat Inovasi Kraf Batik |
No comments:
Post a Comment