TASKA & TADIKA MATAHATI GEMILANG

LOT 2550, KAMPUNG KOTA, JALAN PASIR MAS - SALOR,15100, KOTA BHARU,

KELANTAN.

TEL : 013-9728317

E- Mail :

tadikamatahati@gmail.com

FaceBook : Tadiska Matahati

Laman Web : www.tadikamatahati.blogspot.com

Tuesday 24 September 2013

AKTIVITI TAHUNAN TADIKA MATA HATI




  
   AKTIVITI TAHUNAN

MAJLIS KONVOKESYEN
·        Aktiviti tahunan ini adalah merupakan aktiviti kemuncak dan istimewa bagi Tadika Matahati yang pasti ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan juga ibu bapa.
·        Hal ini kerana pada hari tersebut, setiap ibu bapa para pelajar dapat melihat pencapaian dan kejayaan anak-anak mereka mendapat anugerah seperti anugerah pelajar terbaik untuk kategori lelaki dan perempuan dan sebagainya.
·        Selain majlis penganugerahan dan penerimaan hadiah kepada para pelajar yang berjaya, pihak Tadika Matahati juga turut menyediakan persembahan yang melibatkan tenaga para pelajar. Para pelajar telah dilatih oleh para guru beberapa bulan sebelum hari kemuncak diadakan.
·        Antara persembahan tersebut adalah seperti persembahan tarian dan nyanyian sama ada secara solo atau berkumpulan, cabutan bertuah dan pertunjukan fesyen. Aktiviti cabutan bertuah merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh oleh semua pelajar Tadika Matahati 1 dan 2.

         AKTIVITI SUKAN TAHUNAN
·        Untuk  sukan tahunan Tadika Matahati pula, para pelajar akan dibawa ke kawasan padang di Taman Damai Perdana.
·        Di sini, para pelajar akan bertanding antara satu sama lain sama ada secara solo mahupun berkumpulan dalam semua acara sukan.
·        Antara sukan atau permainan yang dianjurkan oleh pihak Tadika Matahati adalah seperti merebut gula-gula di dalam bekas, berlari di dalam guni, bawa bola ping pong dalam sudu, tiup belon sehingga pecah dan memasukkan air di dalam botol.
·        Melalui aktiviti sukan ini, para pelajar dapat memupuk semangat sesukanan dan juga kerjasama di dalam kumpulan.


No comments:

Post a Comment