Pengarah Mata Hati
Assalamualaikum w.b.t
Segala
puji bagi Allah yang mentadbir ala mini serta syukur yang tidak terhingga atas
segala nikmatNya dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah
amalanya melainkan tiga perkara iaitu, sedekah jariah,ilmu yang berfaedah dan
anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.
Islam
telah menggariskan beberapa tanggungjawab dan kewajipan yang mesti ditunaikan
oleh ibu bapa terhadap anak-anak khususnya tanggungjawab mendidik dan mencorak
masa depan anak-anak mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Cabaran
semasa yang semakin mencabar menuntut ibu bapa memainkan peranan yang lebih
besar dalam memantau perjalanan hidup anak-anak mereka seiring dengan kehendak
Islam. Ibu bapa adalah factor terpenting kepada kejayaan anak-anak.
Sekalung
penhargaan buat semua ibubapa yang telah memberi kepercayaan dan sokongan
dengan menjadikan Tadika Mata Hati wadah anak-anak mereka membina kejayaan dan
kecemerlangan di peringkat pra sekolah.
Di
kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga
kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Tadika Mata Hati kali ke-4
yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada kali ini. Hanya Allah yang
dapat membalas segala pengorbanan dan keringat yang telah anda curahkan.
Salam hormat dari saya,
PN MARINA IZURA BT ISMAIL
No comments:
Post a Comment