PENUTUP
Jutaan terima kasih
kami ucapkan di atas kesudiaan ibu bapa kerana
menghantar anak-anak di bawah jagaan dan kelolaan dari tadika kami.
Kami juga memanjat
kesyukuran kepada Allah SWT kerana pihak ibu bapa memberi kepercayaan
sepenuhnya kepada pihak kami untuk mendidik dan memberi bimbingan kepada
anak-anak mereka seawal usianya masih lagi muda bagi merealisasikan impian
mereka untuk mencapai cita-cita di masa hadapan.
Sekiranya ada
kecacatan , kelemahan atau kekurangan sepanjang tempoh pengajian anak-anak di
Tadika Matahati sehingga ianya kurang memberangsangkan dan meyerlah, kami
dengan rasa rendah diri memohon ribuan kemaafan di atas komitmen yang telah di
amanahkan kepada kami. Kami telah pun
menjalankan tanggungjawab kami sebagai pendidik dan contoh yang tebaik
sepanjang anak-anak berada di Tadika matahati.
Akhir kata, saya
Marina Izura Bt Ismail yang juga para guru di sini menutup tirai 2013 dengan
ucapan Assalamualaikum W.B.T, maaf zahir dan batin dan jumpa lagi…….
Pengasas Tadika Matahati'
MARINA IZURA BT ISMAIL
No comments:
Post a Comment